Secara umum, ramai yang dah MAKLUM mengenai pindaan Akta Kerja 1955 ni. Saya rasa, pindaan kali ini adalah merupakan pindaan yang paling besar berbanding sebelum-sebelum ini. Tapi pindaan yang sering dibincangkan adalah peruntukan CUTI BERSALIN dan CUTI ISTERI BERSALIN (Cuti Paterniti). Walhal, terdapat banyak lagi pindaan-pindaan yang JAUH LEBIH PENTING yang perlu setiap Majikan dan Pekerja ketahui. Dalam Webinar ini, saya akan beri pendedahan kepada Peserta mengenai peruntukan-peruntukan yang diUBAH dan diTAMBAH serta bagaimana ianya akan memberi kesan kepada anda.
Korang tau tak PINDAAN AKTA KERJA 1955 akan berkuatkuasa TAK LAMA LAGI?
Tau tak peruntukan-peruntukan yang berUBAH dan berTAMBAH?