Pindaan terbaru pada Akta Kerja 1955 telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Ia merupakan pindaan terbesar dalam sejarah Akta Kerja 1955. Pindaan ini membawa kesan yang paling signifikan terutamanya dalam peruntukan seperti penentuan skop pekerja dalam Jadual Pertama, peruntukan berkaitan cuti bersalin, cuti isteri bersalin dan waktu kerja.
Pada asalnya, tarikh penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 dijadualkan pada 1 September 2022. Namun, atas desakan daripada para majikan, kerajaan telah menangguhkannya ke tarikh 1 Januari 2023. Salah satu faktor utama yang mendorong tekanan daripada para Majikan adalah kenaikan kos tenaga kerja yang akan memberi kesan terhadap perniagaan.
Setelah hampir 1 tahun sejak pindaan Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan, ini lah peluang untuk menilai kesannya terhadap perniagaan dan pengurusan sumber manusia. Seminar dan forum ini adalah peluang untuk membincangkan kesan-kesan yang dirasai oleh para majikan, mendengar pandangan pakar dan berkongsi pengalaman daripada pengamal industri.
Seminar dan forum ini akan memberikan panduan dan perkongsian pengalaman yang bermanfaat kepada para majikan dan pengamal sumber manusia dalam menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan dalam pematuhan undang-undang buruh yang sedia ada.
Program “Pasca Pindaan Akta Kerja 1955 dan Kesannya kepada Majikan” adalah satu platform yang memberikan perkongsian menyeluruh mengenai kesan pindaan terbaru pada Akta Kerja 1955 terhadap para Majikan. Seminar ini akan memaparkan pandangan dari pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, ahli akademik, dan pengamal industri yang telah berjaya mengendalikan perubahan ini dalam konteks sebenar.
Program ini juga akan melibatkan forum perbincangan, sesi-soal jawab, dan sesi networking untuk memberikan peluang kepada peserta untuk berhubung dengan para pakar dan rakan sejawatan serta mendalami isu-isu yang berkaitan dengan pindaan Akta Kerja 1955.
Mengenalpasti kesan pindaan terbaru kepada Akta Kerja 1955 terhadap pelbagai aspek operasi perniagaan
Memberikan panduan dan pengetahuan praktikal dalam mengadaptasi perniagaan terhadap pindaan Akta Kerja 1955
Platform Majikan dan Pengamal Sumber Manusia berinteraksi, bertukar pandangan, dan berkongsi pengalaman
Sesi seminar akan menampilkan pembentangan daripada pihak JTKSM, ahli akademik dan pengamal industri yang telah berjaya mengendalikan pindaan Akta Kerja 1955 ini dalam amalan sehari-hari.
Peserta akan berpeluang untuk mendengar pandangan dan perkongsian pengalaman daripada panel mengenai kesan pindaan Akta Kerja 1955 dari pelbagai sudut.
Program ini juga akan menyediakan sesi-soal jawab yang membolehkan peserta untuk mengemukakan soalan dan mendapat maklumbalas secara langsung daripada para pembentang.
Kami mengiktiraf pentingnya rangkaian profesional dalam industri. Oleh itu, program ini mengakhiri dengan sesi networking yang memberikan peluang kepada peserta untuk berhubung dengan rakan sejawatan dan pakar industri.