PENGENALAN

Ordinan Buruh Sabah merupakan undang-undang utama yang mengawal selia hubungan pekerjaan di Sabah. Ia merangkumi pelbagai peruntukan penting yang menyentuh hak dan tanggungjawab majikan serta pekerja, termasuk aspek kontrak kerja, waktu kerja, cuti, gaji, dan perlindungan kebajikan.

Namun, ramai majikan dan pekerja masih kurang jelas tentang seksyen-seksyen utama yang memberi kesan langsung kepada pengurusan tenaga kerja harian. Kefahaman yang lemah boleh menimbulkan risiko perundangan, konflik pekerjaan, dan kerugian kepada organisasi.

Latihan ini dirangka khas untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai seksyen-seksyen penting dalam Ordinan Buruh Sabah. Melalui sesi ini, peserta akan mendapat penjelasan serta panduan pelaksanaan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan mengukuhkan integriti tempat kerja.

METODOLOGI

Kursus ini akan disampaikan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk peserta kursus dewasa seperti berikut:

  1. Syarahan
  2. Kajian Kes
  3. Perbincangan

KANDUNGAN PROGRAM

HARI 1

JADUAL PERTAMA

Seksyen 2 Tafsiran

Seksyen 7Q & 7R Gangguan Seksual

Seksyen 7S Dapatan Siasatan Oleh Majikan

Seksyen 7T Aduan Kepada Ketua Pengarah

Seksyen 7U, 7V & 7W Kesan Keputusan Ketua Pengarah

Seksyen 9, 9A & 9B Kontrak Perkhidmatan

Seksyen 10A Penamatan Kontrak

Seksyen 11 Notis Penamatan Kontrak

Seksyen 12 Penamatan Tanpa Notis

Seksyen 13 Penamatan Sebab-Sebab Khas

Seksyen 13A Perlanggaran Kontrak

Seksyen 18A Diskriminasi Dalam Pekerjaan

Seksyen 18B Buruh Paksa

Seksyen 83 Kehamilan dan Bersalin

Seksyen 85 & 86 Elaun Bersalin dan Pembayaran

Seksyen 86A Penamatan Pekerja Yang Mengandung

Seksyen 87 Kehilangan Elaun Bersalin

Seksyen 94A Daftar Elaun Bersalin

Seksyen 102 Had Pendahuluan dan Pinjaman Pekerja

Seksyen 103 Hari Kelepasan Am

Seksyen 104 Waktu Kerja

Seksyen 104A Waktu Kerja Shif

HARI 2

Seksyen 104B Hari Rehat

Seksyen 104C Kerja Pada Hari Rehat

Seksyen 104D Cuti Tahunan

Seksyen 104E Cuti Sakit

Seksyen 104EA Cuti Isteri Bersalin

Seksyen 104F Faedah Penamatan, Pemberhentian dan Persaraan

Seksyen 107 Tempoh Pekerja Dibayar Upah

Seksyen 107A & 108 Tempoh dan Bayaran Upah

Seksyen 108A Pembayaran Penamatan Biasa Kontrak

Seksyen 108B Pembayaran Penamatan Sebab-Sebab Khas dan Perlanggaran Kontrak

Seksyen 110 Pembayaran Melalui Institusi Kewangan

Seksyen 110A Pembayaran Melalui Selain Institusi Kewangan

Seksyen 113 Pemotongan Yang Sah

Seksyen 114 & 115 Larangan Faedah Pendahuluan dan Pemotongan Denda

Seksyen 120A & 120B Aturan Kerja Flaksibel

Seksyen 123BA Arahan Mahkamah Untuk Bayaran Kepada Pekerja