Mengurus prestasi pekerja adalah sangat penting, terutamanya apabila ianya melibatkan pekerja dalam probation dan yang tak perform. Pengurusan prestasi pekerja memerlukan penetapan matlamat dan hasil kerja yang jelas, memberi maklum balas dari masa ke semasa dan menilai kemajuan ke arah mencapai matlamat tersebut. Pengurusan prestasi yang berkesan memerlukan dialog yang berterusan antara pengurus dan pekerja. Kedua-dua pihak perlu mengenal pasti kekuatan, ruang penambahbaikan dan peluang pembangunan. Proses ini hendaklah adil, telus dan berdasarkan kriteria yang objektif. Sekiranya proses ini menemui kegagalan dimana pekerja masih gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan, ianya mungkin berakhir dengan penamatan perkhidmatan.

OBJEKTIF

  1. Memahami asas pengurusan prestasi pekerja
  2. Mengenali faktor-faktor pengurusan prestasi pekerja yang berjaya
  3. Memahami status dan hak pekerja dalam tempoh probation
  4. Menjalankan proses penilaian prestasi pekerja dalam probation dengan baik
  5. Menggunakan proses PIP sebagai langkah untuk memperbaiki prestasi pekerja
  6. Memahami pandangan undang-undang dalam menamatkan perkhidmatan pekerja atas sebab prestasi

KANDUNGAN LATIHAN

Bahagian 1 – Apakah maksud prestasi pekerja?

  1. Fungsi deskripsi kerja
  2. Cara menilai prestasi pekerja
  3. Cara menetapkan KPI
  4. Contoh KPI yang tidak betul

Bahagian 2 – Apakah maksud probationer?

  1. Definisi mengikut undang-undang
  2. Tempoh pekerja dalam probation
  3. Proses menilai pekerja dalam probation
  4. Pengesahan jawatan
  5. Melanjutkan tempoh probation
  6. Penamatan tempoh probation

Bahagian 3 – Apakah maksud underperformance?

  1. Punca-punca pekerja underperform
  2. Fungsi PIP
  3. Proses menjalankan PIP
  4. Keputusan PIP
  5. Penamatan perkhidmatan pekerja yang underperform

Bahagian 4 – Pandangan Mahkamah mengenai penamatan perkhidmatan pekerja yang underperform

  1. Pembuktian sebelum penamatan perkhidmatan
  2. Bebanan pembuktian
  3. Faktor kejayaan dan kegagalan PIP