Masalah pekerja yang sering ponteng kerja dan menyalahgunakan sijil sakit bukanlah perkara baru dalam sesebuah organisasi. Kebanyakan syarikat pasti menghadapi isu ini, dan ia merupakan masalah disiplin yang memerlukan tindakan segera dan efektif bagi memastikan produktiviti syarikat tidak terjejas. Ketegasan majikan dalam menangani masalah ini amat penting untuk mengelakkan ia menjadi budaya negatif yang diikuti oleh pekerja lain. Walau bagaimanapun, mengurus pekerja yang ponteng dan menyalahgunakan sijil sakit memerlukan pendekatan yang betul serta pemahaman mendalam mengenai prinsip dan peruntukan undang-undang kerja. Kegagalan untuk menguruskan isu ini dengan betul boleh menyebabkan syarikat menghadapi tindakan undang-undang daripada pekerja.
Di samping itu, pengurusan prestasi pekerja, terutamanya bagi mereka yang berada dalam tempoh percubaan atau yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan, adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian. Pengurusan prestasi yang berkesan memerlukan penetapan matlamat yang jelas, maklum balas yang berterusan, dan penilaian kemajuan secara berkala. Proses ini harus adil, telus, dan berlandaskan kriteria objektif. Sekiranya pekerja gagal mencapai prestasi yang diharapkan, langkah seterusnya mungkin membawa kepada penamatan perkhidmatan. Kursus ini akan membincangkan langkah-langkah berkesan untuk menangani pekerja yang ponteng, menyalahgunakan sijil sakit, serta pekerja yang tidak berprestasi, sambil memberikan pendedahan terhadap peruntukan undang-undang yang relevan.
Bahagian 1 – Mengurus Cuti Pekerja
Bahagian 2 – Mengurus Pekerja Ponteng
Bahagian 3 – Mengurus Cuti Sakit
Bahagian 4 – Peranan dan Tanggungjawab Semua Pihak
Bahagian 1 – Apakah maksud prestasi pekerja?
Bahagian 2 – Apakah maksud probationer?
Bahagian 3 – Apakah maksud underperformance?
Bahagian 4 – Pandangan Mahkamah mengenai penamatan perkhidmatan pekerja yang underperform