ADA TAK ALAMI SITUASI INI?

🥹 Pekerja ada masalah disiplin, tetapi tak tahu apa tindakan yang perlu diambil?
🥹 Tidak tahu apakah hukuman-hukuman yang boleh dikenakan ke atas Pekerja yang langgar disiplin?
🥹 Ada laporan yang mengatakan Pekerja telah melanggar disiplin, tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakan siasatan?
🥹 Siasatan menunjukkan ada kes Prima Facie, tetapi tidak tahu bagaimana nak rangka pertuduhan ke atas Pekerja dalam Surat Tunjuk Sebab dan Notis Siasatan Dalaman?
🥹 Siasatan menunjukkan ada kes Prima Facie, tetapi tidak tahu bagaimana nak jalankan sesi Siasatan Dalaman?
🥹 Pekerja telah melanggar disiplin yang berat dan jika disabit kesalahan, boleh dibuang kerja. Apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan risiko kalah kes jika ianya dibawa ke Mahkamah Perusahaan?

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR?

✅ Membezakan antara perlanggaran disiplin yang berat dan ringan serta bentuk-bentuk hukuman yang setimpal
✅ Cara-cara untuk menjalankan siasatan jika terdapat laporan perlanggaran disiplin oleh Pekerja
✅ Merangka pertuduhan ke atas Pekerja dalam Surat Tunjuk Sebab dan Notis Siasatan Dalaman.
✅ Persiapan yang perlu dijalankan sebelum sesi Siasatan Dalaman
✅ Peranan setiap pihak SEBELUM, KETIKA dan SELEPAS sesi Siasatan Dalaman dijalankan

JADUAL PROGAM (Hari Pertama)

MASA

KANDUNGAN

9:00pagi – 10:30pagi

Bahagian 1 – Memahami disiplin di tempat kerja

  • Apakah maksud disiplin dan tujuannya?
  • Penjagaan disiplin di tempat kerja
  • Mengenali jenis-jenis tindakan disiplin

10:30pagi – 10:45pagi

REHAT

10:45pagi – 1:00petang

Bahagian 2 – Memahami tanggungjawab

  • Memahami tanggungjawab Majikan
  • Memahami tanggungjawab pekerja
  • Memahami konsep salahlaku
  • Memahami jenis-jenis salahlaku
  • Memahami peruntukan undang-undang mengenai salahlaku

1:00petang – 2:00petang

REHAT

2:00petang – 3:30petang

Bahagian 3 – Melaksanakan tindakan disiplin

  • Kepentingan melaksanakan tindakan disiplin
  • Proses melaksanakan tindakan disiplin
  • Menyiasat aduan salahlaku pekerja
  • Memahami peruntukan undang-undang mengenai tindakan disiplin

3:30petang – 3:45petang

REHAT

3:45petang – 5:00petang

Bahagian 4 – Hukuman disiplin

  • Menyediakan surat tunjuk sebab
  • Hukuman salahlaku ringan
  • Hukuman salahlaku berat

JADUAL PROGAM (Hari Kedua)

MASA

KANDUNGAN

9:00pagi – 10:30pagi

Bahagian 1 – Pengenalan mengenai siasatan dalaman

  • Apakah maksud siasatan dalaman?
  • Panduan melaksanakan siasatan dalaman
  • Persediaan melaksanakan siasatan dalaman

10:30pagi – 10:45pagi

REHAT

10:45pagi – 1:00petang

Bahagian 2 – Proses siasatan dalaman

  • Pihak-pihak yang terlibat dalam siasatan dalaman
  • Prosedur siasatan dalaman
  • Kajian kes

1:00petang – 2:00petang

REHAT

2:00petang – 3:30petang

Bahagian 3 – Simulasi siasatan dalaman

  • Kenyataan pertuduhan
  • Bahan bukti
  • Pengakuan tertuduh
  • Tugas Pengerusi
  • Menyoal saksi
  • Merekod keterangan

3:30petang – 3:45petang

REHAT

3:45petang – 5:00petang

Bahagian 4 – Menutup siasatan dalaman

  • Dapatan Panel siasatan dalaman
  • Membuat keputusan
  • Menjatuhkan hukuman